28th August 2009 - 5.09 PM (Friday)
Sudah masuk hari ke-7 umat Islam sedunia mengerjakan rukun Islam ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Seperti biasa, aku mengerjakan rukun tersebut seperti umat Islam yg lain. Terus terang aku menyatakan disini yg aku 'tertinggal' sehari akibat kesangapan rokok ke tahap maksima yang boleh membunuh sesama sendiri. Ini bukan lah isu pada kali ini tetapi isu pada kali ini ialah AJAL.
Sudah masuk hari ke-7 umat Islam sedunia mengerjakan rukun Islam ke-3 iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Seperti biasa, aku mengerjakan rukun tersebut seperti umat Islam yg lain. Terus terang aku menyatakan disini yg aku 'tertinggal' sehari akibat kesangapan rokok ke tahap maksima yang boleh membunuh sesama sendiri. Ini bukan lah isu pada kali ini tetapi isu pada kali ini ialah AJAL.
Pada 26th August 2009, hari ke-5 berpuasa aku dikejutkan dgn satu berita yg aku sendiri kurang percaya. Berkenaan ex aku, Andi(bukan nama sebenar) dan teman lelaki barunya, Icha(bukan nama sebenar). Bukan keretakan hubungan tetapi Allah lebih sayangkan salah seorang dari nama diatas ini. Hamba Allah yg baru berusia 19 tahun itu telah pulang ke rahmatullah akibat kemalangan di sekitar kampung halamannya. Aku sebagai teman yg turut mengenali arwah hanya mampu sedekahkan Al-fatihah dan mudah-mudahan arwah ditempatkan ditempat org-org yg soleh. Buat Andi, harap hadapi semua ini dgn tabah. Be strong like you used to be. Sentiasa beringat apa yg jadi, ada hikmah disebaliknya. Benda yg jadi tidak selalunya seperti yg kita harapkan. Allah lebih sayangkan arwah berbanding kita yg hanya hamba-Nya. Aku harapkan yg terbaik dalam hidup Andi dan aku selalu doakan yg Andi sentiasa bahagia. Sahabat-sahabat kalian, sama-sama lah kita sedekahkan al-fatihah kepada arwah, Mohd Fadzrul. Al-Fatihah...
In Memorial to Mohd Fadzrul
3.9.1989 - 25.8.2009
Kejadian tersebut membuat aku berfikir, 'astafirullah hal'azim.. muda lagi budak ni da 'jalan'. Harap-harap diampunkan segala dosa dia didunia ni'. Maut tidak mengenal usia. Aku terbayangkan apa jadi jikalau aku di tempat budak tu, dengan keadaan aku sebelum ini meninggalkan dunia ni. Ya Allah, betapa jahilnya aku ketika itu. Banyak peristiwa yg berlaku di sekitar aku baru-baru ni yg buat aku berfikir panjang. Peristiwa yg jadi keatas kawan-kawan aku sendiri, keluarga aku, org-org di sekeliling aku... Benda yg telah terjadi ni mengingatkan aku, sentiasalah bertaubat, memohon ampun ke hadrat ALLAH SWT. Kerana setiap air mata keinsafan yg menitis lantaran rasa kecintaan terhadap Ilahi, rasa takutnya pada maha-Pencipta bakal menjadi saksi, bahawa kita adalah hamba-Nya yg benar-benar beriman dan selayaknya dikurniakan rahmat-Nya.
Allahu Ta'ala a'lam...

No comments:
Post a Comment