AHMAD SYUHAIL HILMAN B. MOHD HAZIMI (My Breath-Taking)
22th August 2009 - Saturday 4.30 PM
(Hari Pertama Berpuasa Bagi Umat Islam Sedunia)
Tergerak hatiku utk menghubungi kakak kandung aku dgn niat utk berbuka puasa bersama2 keluarga tercinta. Hampir 2 tahun aku tidak merasa masakan ibu dan kakak kesayanganku. 2 tahun juga aku tidak menjejakkan kaki aku ke rumah kakak aku untuk menjenguk orang tua aku. Rasa berdosa membuak2. Terasa api neraka perlahan2 membakar jantung aku. * Ampunkan aku!
Belum sempat aku memberi SMS kepada kakak aku, dia terlebih awal hubungi aku (mcm tau2 je? instinct pertalian darah kot?)
Kakak : Assalammualaikum angah! Ada kat mana tu?Seth : Wa'alaikummusalam. Kat Cheras lah, mane lgi. Awat nya? Angah baru nak text tdi. Mcm tau2 je.. haha!Kakak : Takde lah, mak suruh akak tanye angah, x nak balik buka puase kat umah ke? bape lame da angah x balik ni. x kan x ingat jalan balik umah dah?Seth : Mmg angah nak balik ni. Tu yg tadi baru nak text tu. hahahahahaha!Kakak : Banyak lah kau! Nak balik ke x? akak masak ni. mak xleh masak sbb .. pepaham la ye!Seth : hmm...... 'Dia' ade plak kat umah tu? kang leceh lagi plak.Kakak : ................................Seth : ade ke x nih?Kakak : Ade. Buat bodoh je dah la. Angah x payah layan perangai die tu. Mak baru kuar hospital tu.Seth : ya lah, ya lah. Ok la. Angah sampai dalam pukul 6.30 ptg kang. Assalammualaikum.Kakak : oii! belikan air Soya panas skali utk mak. tau!Seth : Insya-allah if angah ade duit. haha! Assalammualaikum!Kakak : Wa'alaikummusalam.
Tuuuuuuuuuuuuuuuuutttttt...................................
Aduhhhh.... Parah la aku sekarang ni. Bertambah2 rasa bersalah aku terhadap org tua aku. Tak apa lah, aku nekad juga utk balik hari ini. Apa nak jadi, jadi lah. Aku dah letih lari dari kenyataan.
Jam sudah menandakan pukul 6.00 ptg. Aku cuma mampu belikan 2 biji Lolipop utk anak buah aku.
Nur Batrisyia Balqis dan
Ahmad Syuhail Hilman. Aku pecutkan motor buruk aku balik ke Bandar Rinching, Semenyih. Alhamdulillah, sampai juga aku dgn selamat. Sesampai aku di rumah kakak aku, aku lihat anak buah aku sedang bermain2 di halaman rumah. Sejuk hati aku melihat kedua-dua nya. Comel sangat. Belum sempat aku pijak kaki kedalam rumah, '
dia' terpaku didepan aku dgn muka bengis. Aku alihkan pandangan mata aku dari bertentang mata dgnnya.
'Dia' : Anak Sial! Hang buat apa kat sini! Aku tetak hang, mampuih nanti!
Seth : ........... (membatu diri)'Dia' : Anak Dajai! Binatang! Berambus hang dari sini!Seth : ........... (membatu diri)Nasib baik kakak aku ada di tempat kejadian lantas meleraikan pergaduhan mulut yg selalunya dimulakan oleh 'dia'. Sudah jadi kebiasaan aku menjadi 'PUNCHING BAG' atau pelepas geram si 'dia'.
Kakak : SUDAH LAH! BULAN PUASA NI! ANGAH BALIK NAK BUKA PUASA SKALI LAH! BUKAN NAK BERGADUH! NAK GADUH, JANGAN DEPAN MAK! AKAK DAH X SANGGUP TAU X! MALU DGN JIRAN!
Aku memperlajukan kaki aku masuk kedalam rumah. Belum sempat aku menjenguk2 dari bilik ke bilik, mak menonjolkan diri sendiri. Tanpa membuang masa lagi, aku segera mendapatkan tangan mak aku untuk dikucup berulang kali. Buat pertama kali aku menatap wajah mak aku dgn teliti. Makin nampak kedut2 dimuka mak aku, rambut juga semakin putih.
Seth : Mak sihat?
Mak : hmmm.... Biasa lah. Dah tua2 mcm ni kalau ckp sihat, tipu la kan?Seth : mak ni, angah tanye betul2 neh. Bile pegi hospital kajang balik?Mak : Minggu depan. Ambik tekanan darah lagi skali. Hang puasa x?Seth : PUASA LA BEB! hahahaha!Azan maghrib berkumandang. Kami berbuka puasa bersama2 setelah 2 tahun aku tak duduk makan satu meja dengan keluarga tercinta. Bergelak ketawa, bergurau senda, bertanya khabar, terharu aku dibuatnya. Dgn kerenah anak2 buah aku, adik2 aku termasuklah kakak aku sendiri. Selama ni, aku tak sedar yg sebenarnya, aku mempunyai sebuah keluarga yg bahagia. Kerana sifat panas baran dan tidak bertolak ansur aku menghancurkan hidup aku perlahan2.
Selesai solat maghrib (setelah beberapa tahun aku tak sujud keatas-Nya) aku meminta diri untuk pulang ke Cheras. Terbeliak mata aku apabila mak menghadiahkan aku sehelai sejadah lama yg dahulunya selalu digunakan oleh aku dan kakak aku ketika baru2 hendak belajar sembahyang dan surah Yasin kepada aku. Mengalir air mata aku lantas aku kucup tangan dan pipi mak aku.
Mak : belum lambat hang nak taubat. Hang nak hanyut sampai bila?
Seth : ...............Perbualan kami terhenti apabila semua bersiap2 untuk mengerjakan sembahyang terawih. Mak aku, abg ipar aku, kakak aku, adik lelaki aku, adik perempuan aku dan anak buah aku yg masih tak tahu apa2 tentang dunia lagi. Yg tinggal hanyalah 'dia' yg aku sendiri tak tahu bila agaknya 'dia' akan tersedar segalanya.
"Ya Allah Ya tuhanku, selama ni, aku banyak bersalah kepada keluarga aku sendiri. Sikap aku yg seumpama bom jangka ini menghancurkan hidup aku sendiri. Aku cuma inginkan hidup yg normal seperti insan lain. Ampunilah dosa2 ku ini. Ampunilah dosa ku terhadap Org tua ku. Amin Ya Rabbal al a'min."
Hari ini, pertama kali aku membuang ego aku, pulang ke pangkuan keluarga aku atas nasihat dari 'seseorang' kepada aku. Terima kasih aku ucapkan. Aku menyusun sepuluh jari meminta maaf atas apa yg berlaku terhadap kita. Selama 10 hari kita sesat dan ditutupi mata dgn keindahan dan keseronokan duniawi. Ampuni aku kerana membimbing kamu kejalan yg sesat.